Search

Alhamdulillah malam ini PKN Setiawangsa telah berj...

  • Share this:

Alhamdulillah malam ini PKN Setiawangsa telah berjaya menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil secara atas talian. Majlis diketuai oleh Ustaz Mohd Shahrulnizam Rashid.

Tujuan majlis bacaan pada malam ini adalah untuk keselematan penduduk setempat terutamanya di Setiawangsa dilindungi daripada pandemik wabak COVID-19. Majlis bacaan tahlil pada malam ini juga dikhaskan kepada arwah Haji Alias Ismail, salah seorang orang kuat PKN Setiawangsa yang telah kembali ke Rahmatullah pada 20 Ogos yang lepas.

Disini saya juga kongsikan sedikit intisari daripada Tazkirah Ustaz Shah sebentar tadi:

Amalkan Surah Tauhid
1) Surah Al-Ikhlas
2) Surah Al-Falaq
3) Surah An-Nas
4) Surah Al-Kafirun

Tiga doa minta perlindungan (dilampirkan dibawah) dan sentiasa amalkan Surah Al-Mulk untuk amalan kita dan pembantu jawab soalan malaikat munkar nakir di kubur.

Semoga kita semua dilindungi Allah swt.

Amin Ya Rabb.


Tags:

About author
Ainie Haziqah | Social advocate | Managing Partner Nurainie Haziqah & Co | Ketua Wanita Muda Negara
Ketua Wanita Muda Negara Pusat Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Setiawangsa
View all posts